Portal Rasmi Eksekutif Pemasaran PTPTN (EP)


PROMOSI TERKINI

 

Card image

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022

Sambutan Aidilfitri 2022 dijangkakan akan lebih meriah dan istimewa tatkala Malaysia memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022. Bagi meraikan kemeriahan dan keseronokan berhari raya yang akan disambut oleh seluruh masyarakat majmuk di Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan lagi Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 pada tahun ini. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai pilihan utama untuk simpanan semasa musim perayaan.

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 pada kali ini dianjurkan di Peringkat Negeri dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM160,000 untuk dimenangi. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Tempoh kempen bermula 15 April 2022 sehingga 31 Mei 2022.


Card image

Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN bertempat di Menara PTPTN.

Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN. Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN.

Hadiah yang ditawarkan juga cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM1 Juta menanti 350 orang pemenang. Terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri. Hadiah utama Cabutan Tahunan Jubli Perak berupa kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line. Hadiah kedua berupa wang tunai RM100,000. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM50,000. Manakala hadiah saguhati berupa motosikal Honda Dash 125 menanti 22 pemenang. Hadiah Cabutan Khas Babyku Simpan berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang. Manakala hadiah Cabutan Siri pula berupa wang tunai hampir RM200,000 menanti 75 pemenang.

Tempoh promosi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan serta 1 April hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Siri. Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50.00 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan. Lagi banyak menyimpan, lagi banyak peluang untuk menang.


Card image

Aplikasi myPTPTN Mudahkan Pelanggan

Kuala Lumpur: Mudah, cepat dan selamat. Itu manfaat yang diperoleh pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila tidak perlu lagi hadir secara fizikal ke pejabat untuk melakukan sebarang urusan.

Seiring ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan di samping penggunaan peranti yang semakin rancak, aplikasi mudah alih dikenali sebagai myPTPTN yang dilancarkan secara rasmi pada 29 Mac lalu memberi kemudahan teknologi digital secara menyeluruh kepada pelanggan PTPTN.

Dengan ada aplikasi myPTPTN, urusan lebih mudah apabila pelanggan cuma perlu memuat turun aplikasi berkenaan di App Store, Play Store serta Huawei AppGallery dan segalanya boleh diakses di hujung jari.

Kemudahan disediakan dalam aplikasi myPTPTN merangkumi semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan debit terus bagi bayaran balik pinjaman serta Simpan SSPN.



HUBUNGI KAMI

 

Sebarang pertanyaan berkaitan promosi terkini boleh hubungi secara Whatsapp atau e-mel Pegawai PTPTN di bawah. Sila klik pautan :



PTPTN.ORG

Penafian :
Laman web ini dibangunkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Eksekutif Pemasaran PTPTN (EP) Rasmi yang dilantik oleh PTPTN. Segala maklumat dan kandungan di dalam web ini adalah di bawah tanggungjawab Eksekutif Pemasaran.
Kod Eksekutif Pemasaran PTPTN : 000010013, 000003136, 000010014.

Hakcipta Terpelihara © 2022 ptptn.org